MY NAME IS NORLI N THIS IS MY BLOG

MY NAME IS NORLI N THIS IS MY BLOG

Friday, September 16, 2011

RESIPI FETTUCINE ALFREDO PORTOBELLO DGN CHICKEN HAM





Hidangan paling senang & mudah di musim2 raya..Fettucine Alfredo Portobello dgn chicken deli

BAHAN2 :

1 tin sos PREGO Alfredo Portobello
1 tin sos PREGO Cheese & Herbs
1 paket 500 gms Fettucine
1 paket 200 gms FARM BEST Deli Chicken - dihiris2
5- 6 biji cili padi - dihiris2 nipis
Seulas bawang putih - dititik sahaja
5-6 biji cendawan shitake segar (boleh beli dr Tesco) - dihiris2
Air paip secukupnya utk merebus Fettucine
4 sudu minyak masak (atau minyak zaitun)

CARA2 NYA :

1) Dalam satu periuk sederhana besar,isikan air paip anggaran cukup utk tenggelamkan fettucine.Jerangkan periuk tersebut ,masukkan fettucine di dalamnya dan masak hingga agak lembut
(al-dente).Keluarkan dr periuk,toskan.
* Nak tau klu fettucine dh  masak? Ambik satu keping fettucine dan cucuk guna hujung kuku,klu terputus dua,dh masak ler tu.Jgn overcooked ya.
* Utk elakkan fettucine dr melekat antara satu sama lain,masa tgh panas2 setelah ditoskan tu,letak sedikit minyak masak or butter pastu gaul guna garfu.





2) Dalam satu periuk lain (atau kuali),panaskan minyak,masukkan bwg putih yg dititik dan cili padi yg dihiris.Tumis sebentar dgn api yg kecil.

3)Masukkan deli chicken yg telah dihiris dan cendawan shitake. Tumis lagi . Bila dah naik bau,masukkan sos Alfredo Portobello & sos Cheese and Herbs. Gaul sekata.

4) Sukat air paip dgn menggunakan tin sos Alfredo Portobello (isi penuh satu tin tu),tuangkan dlm tumisan tadi.Gaul lagi sehingga mendidih.


5) Tutup api dan siap utk dihidangkan.




NI GMBR2 UTK RUJUKAN :



 Sos PREGO Cheese & Herbs - gmbr ehsan website Campbell's

 Sos PREGO Alfredo Portobello - gmbr ehsan website Campbell's



Pasta Fettucine - gmbr ehsan pakcik google




Chicken deli @ chicken ham - gmbr ehsan pakcik google





Lots of Love , Mummy Amelynn

3 comments:

  1. ZIARAH N FOLLOW...SALAM PERKENALAN

    ReplyDelete
  2. Salam Yanie/Zures : silakan amik,resepi kat blog ni semua utk dikongsi....:)

    ReplyDelete

Thanks for commenting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...