MY NAME IS NORLI N THIS IS MY BLOG

MY NAME IS NORLI N THIS IS MY BLOG

Wednesday, March 23, 2011

RESEPI PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD


  Sebelum pakai mekap.




Selepas pakai mekap...yummy....


Resepi ni saya dapat dr satu blog masakan , tp saya lupa nama blognya.Apapun tima ksih pada tuan punya blog yer...mintak izin letak resepinya di sini...TQ!!



Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula
  • 1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara
  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

Sos Kastad
  1. 400ml susu segar (low fat)
  2. 2 sudu besar kastad
  3. 1 1/2 sudu besar gula perang lembut
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
untuk menyediakan sos kastad
  1. Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
  2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
  3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
  4. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak

Selepas sos kastard siap,boleh disejukkan atau dimakan panas2...dengan mencurahkan atas puding roti tadi tu yer...



Lots of Love , Mummy Amelynn

1 comment:

  1. Puding roti ke niey...sy x pernah makan lar...Sedap x???

    ReplyDelete

Thanks for commenting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...